Thursday, November 3, 2011

End of my second year

Assalamualaikum.


Tahun 2 saya dah officially ended hari ni, hehe. Minggu depan study leave. Final exam saya start hari Sabtu depan, ada 4 paper, hari rabu habislah exam saya. Harap harap saya boleh jawab exam baik baik la nanti, huhu insyaAllah. Kejap je dah habis 2 tahun degree, tinggal 1 tahun lagi insyaAllah. Rasa macam baru je lagi sampai Perth, huhu.

Tadi saya dengar lagu IBU by Hadad  Alwi feat Farhan. Sedap pulak lirik dia, saya pon bagi la message kat ma, copy paste je lirik tu, hehe.


bagaikan embun kau sejukkan
hati ini dengan kasih sayangmu
betapa kau sangat berarti
dan bagiku kau takkan pernah terganti

kaulah ibuku cinta kasihku
pengorbananmu sungguh sangat berarti

Pergh jiwang bebenor. Tapi takpe sebab untuk mak sendiri, tak dosa, hehe.


Lepas tu ma pon balas, " Ooh. Ok belajar rajin2." 


Hahahah! kelakar la ma ni. Tak romantik uolsss. But that doesn't matter as long as I know she loves me, ngeee. Tapi lepas tu ma telefon, cakap-cakap dengan Sumayyah kejap. Sumayyah cakap macam orang tua je padahal baru 2 tahun lebih. Ikut cik yatul dia masa kecik-kecik dulu gamaknya, kekeke. Tapi janganla ikut cik yatul yang sekarang pulak, bila besar sikit, berat mulut la pulak nak bercakap dengan orang. Eh tak sebenarnya berat mulut dalam kelas, wuwuwu :'(

Ma kata puasalah hari Sabtu ni, 9 Zulhijjah, dengar tu ye anak-anak. Elok puasa Sabtu ni, banyak ganjaran Allah bagi, silalah rebut rebut. Masa nak bukak puasa tu mustajab nak mintak doa banyak-banyak doa dengan Allah. Jangan lepaskan peluang yang menarik ini! Macam iklan dalam tv dah pulak. 


Ma kata sekarang kalau nak beli barang dapur, ma keluar pergi pasaraya sorang-sorang je.  Alahh :(  Takpe kekgi adik balik adik teman ma ye, kite beli hotdog, sayur, ayam, nugget, yoghurt, telur, air kotak anlene sama-sama okay. (semua peberet food saye hihih). Tapi ma kata ma okay je jalan sorang-sorang, sebab dalam kampung sendiri je. Tapi kemaman bukan kampung sangat pon ma. Hehe. 


Marilah kita meneruskan sesi ulangkaji. Exam exam exam.


5 comments:

Dr. Mahyuddin said...

GudLak dik, buat molek2. Romantis dan expressive jugok adik abg din ni rupenyer hehehe

Esok abg din nok pose insyaAllah.

Nadia Nazifah said...

kya pon nok pose gok, insyaAllah

Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)

comel ngak ma balas gitu je. same mcm aboh, pesan benda sama je kalo wish papepon. wakakaka molek doh 2 org tu.

smlm kya ckp tipon dgn niya n aqil, dua2 tanye, "cikya berak x lg" apekah, xsenonah betol. haha

Hayatul Mohamed said...

a.din: yeke, adik x tau pon sebenarnya adik ni jenis expressive ke dok.. jarang pon kabo gini ke ma, huhu.


k.ya: thanks for the hadith. ehhh? huu klakor sokmo nia ngan aqil :D

Najwa said...

Adik,walaupun ma jwb mcm skema je,tp masa ma baca msg tu ma senyum2, hati bunga2..sbb akak penah npk ma baca msg bunga2 dr anak2 ma,pastu ma senyum2,gelak sorg2..hehe.all da best adik,buat yg terbaik.syg adik sokmo..

Hayatul Mohamed said...

haha, adik pon penah tengok ma gelok2 mase bace msg kwa ke ma, kwa tulis muahh3 dlm msg tu, suke ngat ma. heheh. ok insyaAllah kwa! syg kwa jugop!